Feeds:
Kiriman
Komen-komen

 

KUALA LUMPUR 7 Julai – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan melakukan lawatan kerja ke Projek Agropolitan Gahai dan Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (Prosdet) di Kampung Pantos di Pahang, Khamis ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu hari ini, lawatan itu bertujuan melihat kemajuan yang dicapai projek-projek berkenaan.

‘‘Pelaksanaan kedua-dua projek tersebut bertujuan mengeluarkan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) daripada garis kemiskinan yang melanda penduduk di kawasan itu.

‘‘Selain itu, lawatan tersebut juga bertujuan melihat kejayaan yang telah dicapai Prosdet dalam menyediakan pelbagai kemudahan bersepadu di kawasan terpencil,’’ kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Prosdet merupakan projek yang diusahakan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Jelasnya, ia dilakukan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur, penempatan dan juga peluang-peluang ekonomi.

‘‘Kampung Pantos di Ulu Jelai, Lipis, Pahang merupakan satu-satunya kawasan pelaksanaan Prosdet untuk meningkatkan kualiti hidup serta pendapatan para peserta penempatan melalui kemudahan yang disediakan,’’ ujar kenyataan itu.

 

Utusan Malaysia

JUARA. Tadika Kemas Kedah menjadi juara keseluruhan Hari Potensi Kanak-Kanak Tadika Kemas peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan baru-baru ini.

POTENSIPOTENSI1POTENSI2POTENSI3POTENSI4POTENSI6POTENSI7POTENSI10POTENSI11

Kontinjen dari Kedah yang mewakili beberapa acara sukan seperti futsal dan bola jaring berjaya menewaskan tadika Kemas lain dari beberapa negeri yang bertanding.

Kegembiraan itu dikongsi bersama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek dalam satu majlis kesyukuran yang diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat Jerlun, Alor Biar di Alor Setar kelmarin.

 

Lain-lain Sumber

 
KUALA LUMPUR: Seramai 43 murid Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Samudera, Gombak, di sini menunggu lebih dua jam di pintu pagar, semalam, selepas ia dikunci seorang wanita yang mendakwa mendapat arahan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Kejadian itu menyebabkan kekecohan kerana kebanyakan ibu bapa tidak dapat ke tempat kerja kerana bimbang keselamatan anak mereka di luar dewan berkenaan yang sudah lima tahun digunakan sebagai tabika.

Penyelia tabika, Zuraidah Samsudin, 45, terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menyelesaikan masalah itu di samping menenangkan ibu bapa yang marah.

Katanya, ini adalah kejadian kedua dan berlarutan lebih dua jam serta mengakibatkan campur tangan polis.

“Kira-kira jam 10 pagi, seorang wanita datang membuka kunci dan memberi alasan dia diberi arahan ahli MPS serta tidak berpuas hati kerana kawasan luar tabika itu digunakan sebagai tempat latihan dikir barat penduduk taman itu.

“Saya tidak campur hal politik, tapi jika nak kunci, dia patut beritahu saya sebab hari ini dewan digunakan sebagai kelas tabika,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kemas Taman Samudera, Buyong Ahmad, 64, berkata tindakan wanita itu tidak bertanggungjawab dan menyusahkan penduduk.

Dakwanya, wanita itu yang dipercayai mempunyai jawatan dalam satu parti politik di kawasan itu tidak mempunyai kuasa mengunci pintu pagar tabika dan arahan yang diberikan kepadanya tidak tepat.

“Pengerusi Kemas Parlimen Gombak yang menghubungi MPS memberitahu saya, majlis tidak mengeluarkan arahan berhubung tindakan wanita itu.

“Saya tidak dapat bersabar kerana ini kejadian kedua dan laporan polis sudah dibuat. Kami ingin tahu apakah motif dia mengunci tabika ini,” katanya.

Bapa seorang pelajar, Ahmad Fazli, 39, berkata jangan babitkan kanak-kanak dalam perkara berkaitan politik kerana mereka tidak bersalah dan berharap ia tidak berulang.

 

 

Berita Harian

 

 DSC00589DSC00587DSC00591DSC00606

02.Julai.09,Semporna-Bengkel pembentukan modul persediaan ke sekolah rendah siri 1 diadakan bertempat Dragon Inn, Semporna bermula dari 29.Jun hingga 02.Julai 2009. Tujuan program menyediakan modul persediaan dalam menguasai kemahiran 3M (Menulis,Mengira dan Membaca).

Peserta yang hadir mengikuti bengkel ini seramai 34 orang dari setiap negeri yang dianjurkan oleh Ibupejabat KEMAS Putrajaya. Turut hadir Pengarah Kurikulum dan Naziran sebagai Penyelaras Puan Khamsiyah Yahya, Penolong Pengarah Kanan Kurikulum dan Naziran Puan Nore’in Mohd Shukor, Pegawai Latihan Dan Kerjaya Azlina Bahari, dan urusetia BB. Suhaila Salleh, Pegawai Kurikulum Dan Naziran dan Ratnah Ag. Tuah Pemaju Masyarakat Khas.

Temubual bersama Puan Khamsiyah Yahya berhubung program ini katanya ; pemilihan parlimen Semporna bagi penyediaan modul, khusus dikawasan pedalaman supaya format dan system pembelajaran yang akan disampaikan kelak adalah mudah,senang dan difahami oleh kanak-kanak Tabika KEMAS.

Sepanjang bengkel ini juga peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi menyediakan modul Bahasa Melayu, Bahasa English,Matematik dan Pendidikan Islam. Setiap kumpulan telah membuat kajian terhadap tahap pencapaian system pembelajaran agar mudah diterima dan difahami oleh kanak-kanak kelak. Tumpuan Tabika yang terlibat dengan kajian ini seperti Tabika Pulau Bait,Omadal,Kebimbangan,Terusan Tengah dan Tundun.

 

ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID

PENYELIA PEMBANGUNAN DESA DAN PERHUBUNGAN

DUN N54 BUGAYA, Merangkap,

PENULIS SUARA KEMAS ZON

TAWAU, SABAH

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Kalau marahkan nyamuk jangan kelambau dibakar. Begitu juga kalaupun terlalu benci pada UMNO dan marahkan sangat pada anak buah, Datuk Seri Haji Hadi Awang kerana cetus idea kerajaan perpaduan rasanya tidak perlu keterlaluan dalam membakar semangat ahli dan penyokong parti sampai ke situ.

Apa lagi kalau ia melibatkan ulama besar seperti Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ramai yang terkejut dan menjadi buah mulut apabila Mursyidul Am PAS itu membuat seruan penyokong parti itu agar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai walaupun terpaksa ‘bertumpah darah’.

Nik Aziz membuat seruan itu ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS DUN Manek Urai Jumaat.

Istilah ‘ bertumpah darah’ itu dibimbangi boleh mencetuskan pelbagai andaian negatif dan salah tafsiran sepanjang kempen pilihanraya kecil di kawsan yang terpencil di Kelantan itu.

Ia turut mengundang reaksi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed yang merasa amat dukacita dengan provokasi Menteri Besar Kelantan itu.

MANEK-3

“Ambo (saya) dengar kenyataan itu amat sedih dan dukacita sekali, kita bukan nak bergocah (bertumbuk), tidak nak berbalah…kita hanya ingin cari pengaruh, kita hendak berhujah, kita nak cambahkan buah fikiran, nak jumpa adik kakak nak bagi tahu kebaikan BN tentang kenapa kita perlu mengundi lambang dacing,” kata Mustapa dalam nada sedih semasa berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Peria, Kuala Krai Sabtu malam.

Beliau menambah, “tujuan kita hendak cari pengaruh, bukan nak bergocah, bukan nak bertumpah darah, bukan nak hilang nyawa…maka kita nyatakan hari ini bahawa kita pengundi Manek Urai inginkan perdamaian, silaturrahim, perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu dan di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia ini”.

“Kita menolak sekeras-kerasnya mana-mana pihak di Kelantan mahupun di luar Kelantan…yang nak bertumpah darah… ni budaya mana…?”ujarnya

Seterusnya Mustapa dengan nada sayu menyeru, “Wahai anak beranak ambo di Manek Urai marilah kita nyatakan pendirian bahawa pilihan raya kecil ini kita hendak cari perpaduan, kita nak cari silaturrahim…sekiranya ada mana-mana pihak yang mencari lain pada itu seperti bergocah atau berbalah, itu bukan tujuannya.”

Mustapa menegaskan semua pihak di kawasan DUN Manek Urai samada ahli UMNO, ahli PAS atau pihak ‘atas pagar’ merupakan ‘anak beranak’ belaka, sesama Melayu, Islam dan satu Malaysia.

URAI-1

“Kita hadir di sini untuk menyeru ke arah berbaik-baik bukannya suruh bergaduh sesama sendiri, dalam pilihan raya kecil ini kita jaga akhlak dan tertib, kita boleh bersyarah berhujah tetapi jangan sekali-kali kita gunakan kekerasan, provokasi, menghina orang lain, menghina pegawai polis dan pegawai kerajaan…ia menepati anggapan mereka adalah kerajaan Islam maka kenalah berakhlak mulia,” tambahnya.

Beliau berharap hentikan provokasi pertumpahan darah dan beri tumpuan ke arah perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam dalam Malaysia ini.

“Yang menghairankan, kata Mustapa, “kenapa tidak mahu perpaduan dan berbaik-baik, malah kata pula pada mereka yang mahukan perpaduan ini adalah boneka UMNO, kita bercakap yang baik, perpaduan dikatakan kita jahat, perpaduan itu dituntut oleh Islam…inilah perkara yang amat mendukacitakan.”

Katanya, “kita cukup dukacita apabila dibuat seruan sanggup bertumpah darah untuk pertahankan kerusi DUN Manek Urai dan dukacita lagi apabila mereka menolak usaha-usaha menyatupadukan umat Islam.”

“Apakah pincangnya, apakah buruk sangat nak cari perpaduan ini dengan orang Melayu, adakah berpadu dengan DAP yang dulunya amat tidak disukai oleh PAS tapi sekarang sudah berdakap-dakapan, adakah DAP ini lebih daripada UMNO,” kata Mustapa.

Bagi menghadapi PRK Manek Urai, Mustapa mengumumkan motto yang akan digunakan oleh jentera BN adalah ‘Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan’.

URAI-7

Mustapa juga akan memastikan DUN Manek Urai akan dijadikan anak angkat kerajaan pusat sekiranya BN berjaya menawannya dalam PRK 14 Julai ini.

Menurutnya, bermula di Manek Urai, sekiranya BN menang di situ maka akan bersatulah Melayu dan gelombang biru akan menyelubungi negeri Kelantan.

Katanya, “PRK Manek Urai akan menjadi permulaan kepada kebangkitan UMNO Kelantan seterusnya kebangkitan UMNO Malaysia.”

“Saya kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin dan masyarakat di Manek Urai ini, bersatu hati adalah amat penting untuk kita merapatkan barisan untuk menjadikan kita kuat bagi memastikan kemenangan besar,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 3000 orang yang terdiri daripada pengundi DUN Manek Urai.

Majlis pelancaran jentera itu disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA Kelantan serta seluruh pemimpin dan jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krai.-14/6/200

Dipetik dari AgendaDaily

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai


MUHYIDDIN bersama Tuan Aziz (kanan) selepas majlis pengumuman calon BN bagi DUN Manek Urai di Sungai Sok Luar, Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pemilihan Tuan Aziz yang juga Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN Manek Urai, Sungai Sok Luar di sini, jam 5.15 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tuan Aziz dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, kelulusan tinggi serta hubungan eratnya dengan masyarakat setempat, terutama sekitar Manek Urai yang selama ini didampingi selaku pegawai Kesedar.
Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz mendapat sokongan padu kepemimpinan parti termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta di peringkat bahagian Kuala Krai yang diketuai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

” Kita ada ramai tokoh yang layak, tetapi selepas kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi,” katanya.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin serta Ramzi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Ismail Yaakob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian 14 Julai.

Jumaat lalu, Pas menamakan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan, tetapi semalam Presiden Akim, Hanafi Hamat, pula menyatakan hasrat sama.

Muhyiddin berkata, BN menaruh harapan tinggi menerusi pencalonan Tuan Aziz untuk menebus kekalahan lalu.

“Kita bertekad merampas kembali DUN Manek Urai dan berharap semua pengundi memberi peluang kepada BN membuktikan kemampuannya membawa perubahan di kawasan ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu seluruh jentera pilihan raya BN bertekad mencipta kemenangan di Manek Urai demi membela nasib agama, bangsa dan negara.

Pada sidang medianya, Muhyiddin menolak dakwaan Pas kononnya berlaku “cah keting” (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon BN.

“Itu anggapan Pas saja dan ia tidak pernah berlaku, sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

“Tuan Aziz ini bukan saja mampu menarik sokongan golongan muda, tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, BN juga mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat dan serius untuk membangunkan kawasan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, BN akan menyenaraikan semua usahanya membangunkan Kelantan sepanjang tempoh negeri ini di bawah Pas bagi memudahkan pengundi membuat perbandingan menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

 

<!–

By: Ramjit

–>

 

KUALA KRAI, 28 Jun (Bernama) — Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, pada satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di sini.

Muhyiddin ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan Tuan Aziz direstui dan mendapat sokongan padu pimpinan parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik anggota akar umbi.

“Mengikut perlembagaan parti, jika ada kerusi yang kosong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan adanya pilihan raya, kita perlu runding untuk pilih calon, runding dengan (Umno) Negeri, bahagian.

“Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manik Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

“Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manik Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat.

“Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manik Urai simbol kebangkitan semula Umno dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan,” katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi Umno terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

“Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

“Niat kita jelas, pembelaan rakyat diteruskan di bawah payung Umno dan BN. Jadi kita mahu Manik Urai dikuasi sekali lagi oleh Umno dan BN,” katanya.

PAS mengumumkan calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Bahagian Kuala Krai pada malam Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

— BERNAMA

COPY DARI KELAB PENYOKONG MAYA UMNO

February 4, 2009 by admin

SEORANG pembaca menghantar SMS kepada saya dengan bunyinya: ”Tabika dirantai, dimangga bukti kekejaman Zionis…” Yang ini bukan Zionis Israel, tapi Zionis Melayu Malaysia. Hanya mereka yang mempunyai pemikiran yang cetek, secetek-ceteknya sahaja yang sanggup melakukannya. Setakat ini, mengikut rekod, hanya orang Melayu sahaja ’sanggup’ berbuat begitu. Sebelum ini, semasa Pas memerintah Terengganu, kisah-kisah ini bukan asing lagi. Tabika-tabika milik Kemas ditutup di sana-sini. Kanak-kanak yang tidak mengenali erti ‘kehidupan’ terpinga-pinga. Semangat wajah-wajah kecil itu yang bangun pagi untuk menimba ilmu ABC, Alif, Ba, Ta – luntur. Tidak perlulah bercakap mengenai politik, kanak-kanak itu tidak mengerti apa-apa pun mengenainya. Kini, kisah itu kedengaran di Pulau Pinang pula, negeri yang dikuasai DAP dan PKR. Persoalannya mengapa sampai begitu sekali tahap tindakan mereka? Mengunci dan memangga tabika itu tanpa ada perasaan langsung. Jangan diganggulah institusi pengajaran dan pembelajaran sebegitu. Tiada dalam rekod (sepanjang yang kita tahu) tabika-tabika milik parti Pas (dikenali sebagai Pasti) yang ditutup oleh kerajaan memerintah ataupun oleh JKKK di kampung-kampung. Kita tidak pasti dan kurang faham mengapa orang yang ‘tergamak’ menutup tabika-tabika itu mempunyai perasaan sebegitu. Apakah mereka merasakan kanak-kanak itu mahu diindoktrinasi atau dicuci pemikiran mereka oleh kerajaan? Ataupun, pihak-pihak yang tergamak menutup tabika itu hanya mahukan premis-premis bangunan itu untuk aktiviti mereka? Atau, mereka hanya mahu menunjuk kuasa? Seboleh-bolehnya kita mahu bersangka baik dengan tindakan itu, tapi malangnya kita masih kurang faham. Kes seperti ini tidak boleh sama sekali dianggap sebagai kes terpencil. Ia bukan kes terpencil, tapi kes yang terlalu besar untuk difikirkan. Mengapa hanya orang Melayu sahaja yang ‘tergamak’ melakukan tindakan bodoh seperti itu? Masyarakat Cina, waima apa sekalipun fahaman politik, soal pendidikan ialah perkara nombor satu mereka. Tiada kompromi dalam soal itu. Mereka kini, tanpa memilih bulu, sedang melancarkan kempen mengutip dana RM2 juta bagi membiayai pendidikan Cina di seluruh negara. Kain-kain rentang, poster-poster kempen, The Dragon Mission 2009 diletakkan merata-rata tempat, dengan ditaja oleh sebuah syarikat arak. Masyarakat mereka sanggup bersatu untuk satu tujuan iaitu: Pendidikan dan Pelajaran, selain soal Budaya, Perniagaan dan Bahasa mereka. Kita juga hairan, apabila timbulnya isu-isu penutupan tabika seperti ini misalnya, NGO-NGO yang sering bercakap mengenai soal hak asasi manusia senyap sunyi. Persatuan mahasiswa, persatuan mahasiswa Islam yang kononnya, berhaluan kiri di universiti-universiti juga senyap sunyi. Tiada kutukan yang dilemparkan oleh mereka terhadap perbuatan ‘tidak bertamadun’ seperti itu. Persoalannya, ramai daripada mahasiswa ini yang kadang-kadang tanpa berselindung menyokong parti pembangkang tidak pula pernah diberi tekanan oleh kerajaan memerintah. Malah mereka menikmati PTPTN lagi dan berupaya menamatkan pengajian dengan ijazah. Wahai Melayu yang menutup tabika-tabika seperti itu. Bukalah minda anda. Ingatlah apakah perbuatan anda itu bermanfaat untuk bangsa anda yang miskin ini. Kes di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau itu lebih klasik kerana rata-rata orang Melayu di situ ialah nelayan yang miskin-miskin belaka. Hanya tabika itulah yang termampu oleh mereka untuk menghantar anak-anak memperoleh pendidikan asas. Untuk rekod lagi, perbuatan mengunci dan memangga tabika itu bukan pertama kali dilakukan. Hanya kali ini ia dihebahkan kepada media. Di masa kaum-kaum lain sedang merebut pelbagai peluang untuk memajukan diri mereka – bangsa mereka, orang Melayu berfikiran kebelakang. Sering kali, kita terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga menyebabkan perasaan menguasai kewarasan. Ingatlah, orang Melayu bukanlah satu bangsa yang kuat (lagi) di negara ini. Bila-bila masa mereka boleh ditundukkan. Apabila kuasa (yang sedikit ini) sudah tiada lagi di tangan mereka, maka pada hari itu sudah tidak berguna lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Filed Under: Surat Pembaca

Posted on Sunday, June 28 @ 03:00:54 MYT
Topic: Berita Terkini

Oleh Yus Iskandar

Kuala Krai —  Pemuda UMNO akan memberikan tumpuan untuk mendekati seramai mungkin 3,020 pengundi muda menerusi pendekatan bersua muka dalam tempoh berkempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludddin berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menggerakkan kira-kira 1000 petugas terdiri daripada jentera tempatan khususnya dari bahagian Kuala Krai dan seluruh Kelantan.

Selain pendekatan bersua muka jelas beliau lagi Pemuda juga turut melaksanakan program seperti ceramah, gotong royong, ziarah rumah ke rumah, mendampingi masyarakat, bersukan dan sebagainya.

“Kita sudah pun mengenal pasti semua pengundi muda untuk didekati sepanjang tempoh kempen ini.

“Pada kali ini juga kita memberi tumpuan kepada jentera tempatan untuk tugas melaksanakan kempen kita. Untuk itu, kira-kira 1,000 jentera kita terdiri daripada Pemuda UMNO Kuala Krai dan seluruh Kelantan akan menjadi petugas secara tetap berkempen di sini”, katanya.

Beliau juga memberitahu jentera tempatan ini turut akan dibantu jentera luar di mana beliau sendiri bertindak sebagai pemantau kepada jentera tersebut.

Ini kerana katanya bagi memastikan kehadiran jentera petugas dari luar Kelantan benar-benar menjalankan tugas membantu kempen pilihan raya dan bukannya menjadi pelancong politik.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa beramah mesra sambil bertemu peniaga dan orang ramai yang mengunjungi pasar minggu di Kampung Laloh di sini, Jumaat pagi.

Sebelum itu beliau turut meninjau program bengkel motosikal yang dikendalikan bekas Juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid.  Malah apa yang menarik ketika dalam perjalanan beramah mesra dengan peniaga pasar minggu di Kampung Laloh, beliau turut melawat dan beramah mesra petugas Pas di markas berhampiran.

Selain beberapa Exco Pemuda UMNO pusat, turut hadir Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Mengenai program Pemuda Prihatin pula beliau memberitahu pelbagai program telah diaturkan termasuk program keluarga angkat di mana beliau dan Exco Pemuda akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di sini.

Ini katanya sebagai pendekatan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat selian memahami sensitiviti penduduk tempatan.

Sementara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda UMNO pada sebelah petangnya, beliau mengingatkan jentera Pemuda bahawa pillihan raya kecil di Manik Urai ini mempunyai makna yang cukup besar terutama untuk mencipta satu titik perubahan baru di negeri ini di bawah kepimpinan baru parti.

“Kita perlu buktikan di bawah kepimpinan baru iaitu Presiden kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed di Kelantan, kita akan bawa satu perubahan baru.

“Sebab itu pilihanraya ini walaupun satu pilihanraya kecil tetapi ia membawa makna yang cukup besar”, katanya sambil disahut laungan “Pemuda Gempur” oleh lebih 2000 jentera Pemuda yang hadir.

Beliau turut berkata UMNO khususnya BN mempunyai peluang untuk menang di Manik Urai memandangkan perpecahan dalam Pas semakin ketara.

Sebab itu kata beliau Pas menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan untuk mengalih pandangan umum daripada konflik dalamannya.

“Mursyidul Am Pas, Nik Aziz bertindak seperti ‘orang hilang punca’ untuk mengukuhkan sokongan ahlinya sehingga sanggup menggelar UMNO sebagai parti ajaran sesat, menyamakannya dengan komunis dan pengikut Ayah Pin.

“Saya nampak tok guru amat menyedari masalah dalaman Pas sebab tidak pernah berlaku keadaan yang Mursyidul Am Pas sendiri meminta timbalan presiden keluar parti.

”Ini satu tindakan drastik yang memberi gambaran bahawa perpecahan dalam Pas agak ketara,” katanya.

Nik Aziz kata beliau lagi kini dilanda wabak H1N1 yang merujuk kepada Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa.

ALBUM ARKIB BLOG

PicturePicture 003Picture 002