BENGKEL PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM : DIRASMIKAN OLEH: YB. TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN P188 SILAM
____________________________________________________________________________
LAHAD DATU- Bengkel Pelan Tindakan Pembangunan Kampung peringkat Parlimen P188 Silam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Lahad Datu. YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dijemput bagi perasmian penutup yang berakhir lebih kurang jam 5.05 petang.
Objektif bengkel ini bagi memberi pendedahan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa JKKK kampung berhubung falsafah dan strategi baru pembangunan luar Bandar dan gerakan daya wawasan. Memahami misi pembangunan luar Bandar bagi membentuk kampung yang maju, menarik dan menguntungkan (3M). Berkebolehan untuk merancang, melaksana dan menilai program pembangunan setempat. Diakhir bengkel ini para peserta mendapat pendedahan bagi membentuk kumpulan, memahami matlamat latihan dan menghayati peranan mereka sebagai anggota kumpulan.




YB. Silam berkata “ Setiap kampung perlu mempunyai profail bagi memudahkan urusan bagi perlaksanaan perancangan,perlaksanaan dan tindakan yang melibatkan urusan rasmi di Jabatan KEMAS, Pejabat Daerah, mahupun pihak Universiti yang hendak membuat kajian tentang kampung-kampung.”

Ustaz Jinirol memimpin bacaan doa

Wakil Pengarah KEMAS Sabah berkata Peranan Pengerusi dan Ahli JKKK kampung bagi menyediakan Buku Profail adalah amat penting bagi kemajuan dimasa akan datang supaya kampung mampu berdaya saing bagi mewujudkan kampung maju, menarik dan menguntungkan
Bengkel ini juga dihadiri oleh Tuan Juraimin Hj. Jaddil, penolong Pegawai Daerah Lahad Datu, Wakil Pengarah Kemas Sabah, Tuan Suffindi Abd. Sunnat,En. Ladjarasa Mohd Noor, Penyelia Kanan Parlimen P188 Silam, En. Suharno Ali, Pegawai Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Lahad Datu, Harun Hj. Timpa, Peenyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan N50 Lahad Datu, Penulis Suara KEMAS Zon Tawau, Armendrah Abd. Rashid dan Kakitangan Kemas Parlimen P188 Silam. Antara kampung-kampung yang hadir dalam bengkel ini ialah kampung Tanjung Labian,kampung Cocos, kampung Getah dan kampung sungai Atas. Peserta yang hadir seramai 20 orang.
Suffindi berkata” Bengkel ini bertujuan mengemaskini data-data kampung terkini,memasukkan data Gerakan daya Wawasa dalam e-GDW yang boleh diakses melalui internet, member peluang kepada kampung-kampung baru supaya boleh berdaya saing dan berdaya maju standing dengan kampung-kampung lain.

Zaman IT- Anda boleh layari blog saya bagi melihat perkembangan semasa di kawasan mahupun dimana berada.
ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID
Penulis Suara KEMAS Zon Tawau
so be good..