Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2009

 

30hb.Mei.2009.Semporna,Sabah-Jabatan KEMAS Daerah semporna,Sabah telah mengadakan program Mesra Rakyat bertempat di kampung Terusan Baru kawasan Sulabayan. Program ini dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal. Antara tetamu yang hadir ialah Yang Berhormat Datuk Ramlee bin Haji Marahaban, ADUN n54 Bugaya, Semporna, , Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Ybhg Dato’ Abd. Puhat bin Mat Nayan, Ybhg Pengarah KEMAS Negeri Sabah Tuan Mohd Khadri bin Hj. Ahmad, Setiausaha Politik Menteri, Ybhg En. Jaujan bin Sambakung, Ketua-ketua Jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri, ketua-ketua kampung,pengerusi-pengerusi JKKK,pengerusi-pengerusi GDW,pertubuhan NGO dan lain-lain lagi.

CENDERAKENANGAN KKLWDSC01678DSC01701DSC01719DSC01746DSC01821DSC01830

Kemas merupakan pangkalan yang amat penting bagi melahirkan kanak-kanak yang cemerlang. YB. Menteri meninjau sejarah KEMAS yang telah pun lama beroperasi semenjak tahun 60-an lagi.Beliau berkata “Kemas sejak tahun 60-an memainkan peranan dalam pembelajaran kelas dewasa”.

Penekanan terhadap nilai-nilai murni dan adat budaya bangsa perlu dipupuk sejak peringkat kecil lagi agar nilai bidaya nenekmoyang tidak hilang ditelan arus zaman.Budaya adalah amat penting dan perlu dipupuk dan disemai kepada kanak-kanak supaya mereka kenal asal usul terawal.

DSC01673DSC01676DSC01678DSC01706DSC01716DSC01736

Sebanyak 806 buah tabika kemas dinegeri Sabah,828 tenaga pengajar guru-guru.Medan Info Desa di daerah Semporna dinaiktaraf dengan RM48 ribu diperuntukkan bagi memperbaiki sistem pembelajaran. Betapa pentingnya pembelajaran ICT,Komputer di aplikasi supaya kanak-kanak tidak buta huruf /komputer.Sebanyak 60.6 juta program pembangunan di sabah. Pada tahun 2009 sebanyak 10 projek dibina baru manakala di daerah Semporna YB. Menteri telah meluluskan projek katanya “Di daerah Semporna akan dibina 2 projek iaitu Medan Info Desa dan Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Semporna.Kita juga akan menaiktaraf tabika/taska Bugaya dengan menamakan PERMATA Bugaya. Dalam pada itu, YB. Menteri juga akan ada dibna asrama bagi kanak-kanak peringkat awal.

Pembangunan yang dilaksanakan kelak, perlu mengutamakan rakyat didahulukan pembangunan diutamakan supaya mereka dapat menikmati pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.YB. Menteri berkata “Ketua-Ketua kampung,Pengerusi-pengerusi JKKK dan agensi Kerajaan perlu mengenalpasti rakyat benar-benar miskin untuk diberi bantau rumah PPRT.Kementerian juga akan membina jalan-jalan,Bekalan Elektrik,Air ke kawasan yang belum ada bekalan ini di seluruh negeri di Malaysia. YB. Menteri juga mencadangkan akan menaiktaraf semula jalan BUM-BUM bagi memudahkan penduduk kampung untuk kedestinasi yang lebih selesa dan baik.

Pembangunan Rakyat di dahulukan Pembangunan Di Utamakan, itulah kata-kata perangsang yang di sampaikan oleh YB. Menteri.Felcra menyediakan peruntukan RM 7 ribu untuk 1 ekar tanah bagi penanaman kelapa sawit dan getah. YB. Menteri berkata penduduk kampung yang mempunyai tanah terbiar akan memohon bantuan yang disediakan kerajaan supaya mendatangkan hasil yang lumayan.

 

Armendrah Abdul Rashid

Penulis Suara KEMAS zON Tawau. Sabah

Read Full Post »

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Program Mesra Rakyat Daerah Semporna akan diadakan pada 30hb / Mei / 2009 hari sabtu ini. Program ini akan dirasmikan oleh yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah Malaysia.

 

DSC01520DSC01523DSC01528DSC01527DSC01543DSC01548DSC01555DSC01562DSC01566DSC01585DSC01587DSC01592DSC01595DSC01591DSC01601DSC01602DSC01600DSC01606

Bermula hari ini lawatan ke tapak dan persiapan bagi memastikan keadaan sesuai dan strategi dalam penganjuran Mesra Rakyat. Sila lihat gambar-gambar loksai.

DSC01526DSC01518DSC01519DSC01533DSC01529DSC01541DSC01544DSC01545DSC01550DSC01570DSC01583DSC01596DSC01571DSC01564DSC01604DSC01590

pelan sk. Terusan Baru Semporna

pelan sk. Terusan Baru Semporna

Read Full Post »

Mei 27, 2009 by silamgemilang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

P5090026P5090080DSC01367P5090009

Program Mesra Rakyat Jabatan KEMAS akan diadakan betrempat di kampung Terusan Baru kawasan Sulabayan Semporna. Program ini akan menghimpunkan rakyat khususnya di kampung Terusan Baru dan kampung-kampung yang berhampiran bagi memupuk silaturrahim dan perpaduan antara rakyat dan pemimpin. YB. Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia sebagai perasmi program Mesra Rakyat ini.

Perkara utama yang akan di perkatakan ialah membasmi kemiskinan yang melibatkan miskin tegar dan miskin dengan menyalurkan peruntukan program rumah PPRT kepada yang tersenarai namanya di pejabat daerah disetiap negeri diseluruh Malaysia. Kemiskinan juga tidak akan terhapus jika golongan ini tidak mempunyai pendapatan tetap. Dalam hali itu, dijangka YB Dato’ Seri juga akan menyentuh peranan MARA dan institusi atau jabatan yang berkaitan dapat membantu bagi memberi modal perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan kepada golongan sasar ini.

Jabatan KEMAS yang dipertanggungjawabkan membangunkan modal insan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan berilmu,bertakwa,berketrampilan dan menjadi suara dan dan tulang belakang kepada kerajaan Malaysia. Kemas wujud di merata-rata memberi khidmat kepada masyarakat khususnya dalam pendidikan pra sekolah,cawangan pendidikan masyarakat,bina insan,gerakan daya wawasan,pendidikan literasi fungsian,pendidikan literasi komputer dan lain-lain lagi.Kemas juga telah dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti usahawan berjaya untuk diberi geran berkapita Bantuan Ekonomi kampung berjumlah RM20,000.00 tanpa dibayar semula.Bantuan ini sebagai satu hadiah di atas kejayaan seorang usahawana untuk terus dibantu agar mampu berdaya maju dan berdaya saing setanding dengan usahawan-usahawan di Malaysia.

Program yang diadakan ini akan menampilkan pertandingan khusus dikalangan kanak-kanak Tabika KEMAS. Program yang dipertandingkan seperti Futsal,Bola Keranjang dan Mewarna. Acara lain seperti tarik tali, persembahan silat kanak-kanak Johan Negeri Sabah.Program ini diadakan pada sabtu ini 30hb /Mei /2009 bermula jam 7.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Harapan agar rakyat yang tinggal dikawasan berhampiran dapat hadir bagi memeriahkan program ini.

Penganalisis SilamGemilang

Read Full Post »

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Program Mesra Rakyat Daerah semporna akan diadakan di kampung Terusan Baru kawasan Sulabayan. Program ini diadakan bagi mewujudkan hubungan baik rakyat berbilang sukukaum dan bangsa.

Program ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Shafie bin Hj. Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia merangkap Pengerusi Ahli-Ahli Parlimen Komenwal.

Tempat  : Kampung Terusan,Semporna

Tarikh     :30hb / Mei / 2009

Kehadiran YB-YB,Datuk-Datuk-Datin-Datin,Tuan-Tuan,Puan-Puan,Encik-Encik,cik-cik adalah amat diharapkan dihargai.

 

Sekian, terima kasih

 

Penulis Suara KEMAS Zon Tawau

Read Full Post »

 

Saya mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Y.B. Dato Seri Mohd Shafie bin Apdal Menteri Kemajuan luar Bandar dan wilayah Malaysia merangkap Pengerusi Parlimen-Parlimen Komanwel. Sebagai penjawat awam khususnya di Jabatan KEMAS SIAPSIAGA dalam melangkah ke arah Pembangunan Gerakan Daya Wawasan yang berpotensi dalam Pembangunan Modal Insan,Pembangunan Sumber ekonomi,Perubahan sikap dan lain-lain lagi.

P5090003P5090007P5090008P5090017P5090014P5090019P5090022P5090024P5090025P5090039P5090035

Read Full Post »