Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2009

Program Tambahan Makanan Seimbang anjuran Jabatan KEMAS Parlimen P188 Silam telah menyampaikan Bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Penyampaian telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat P188 Silam.

Penyampaian PTMS kepada penerima

Penyampaian PTMS kepada penerima

Rakyat amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’Sri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah dan YB Tuan haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam yang prihatin terhadap rakyat yang masih memerlukan dan berada ditahap perlu dibantu oleh kerajaan.

Kakitangan Pejabat KEMAS P188 Silam bergambar bersama YB Tuan Haji Salleh bin haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat P188 Silam

Kakitangan Pejabat KEMAS P188 Silam bergambar bersama YB Tuan Haji Salleh bin haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat P188 Silam

Read Full Post »

LAPORAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2008

ANJURAN PUSAT SUMBER KEMAS KG. TABANAK,LAHAD DATU

TARIKH : 27HB / 12 / 2008

PERASMI : PUAN LATIFAH BINTI OMAR BASAH

PENYELIA BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT P188 SILAM

 

27.12.2008,Sabtu-Program Galakan Membaca anjuran Pusat Sumber KEMAS Kampung Tabanak Lahad Datu, Sabah telah di adakan dengan jayanya dengan penglibatan peserta dan sokongan padu ibubapa yang hadir bagi meraihkan kanak-kanak dalam pertandingan mewarna kategori tabika dan sekolah rendah ,membaca dan bercerita.

 

Penyertaan peserta dalam program galakan membaca ini amat menggalakkan dengan penyertaan yang mencecah angka 40 orang ke atas walaupun program ini diadakan pada waktu cuti sekolah.Kehadiran yang begitu ramai penyertaan adalah kerana adanya hubungan kerjasama erat antara pusat sumber dengan ahli jawatankuasa pusat sumber dan masyarakat kampung.

 

Pengerusi Pelaksana Program Tuan Haji Datu Ibrahim bin Haji Datu Bangsawan Pengerusi Pusat Sumber KEMAS Kampung Tabanak, Lahad Datu berkata”Penduduk Kampung Tabanak amat beruntung kerana Jabatan KEMAS telah memilih kampung kita untuk kemudahan bahan bacaan kepada anak-anak kita yang masih bersekolah.

 

Penyediaan pusat sumber ini adalah pengiktirafan kemas kepada kampung kita yang mempunyai penduduk dan keadaan rumah yang strategik bagi memudahkan kanak-kanak untuk membaca buku dan membuat pinjaman untuk dibaca dirumah.

 

Pengerusi amat berharap agar Pusat Sumber KEMAS Kampung Tabanak tidak dipindahkan Pusat Perkhidmatannya ke tempat kampung lain. Pengerusi dan sokongan ahli jawatankuasa Pusat Sumber berjanji akan menyelesaikan masalah kecurian yang sering berlaku ini sehingga peringkat kampung melalui Rukun Tetangga,kerjasama dengan kemas dan polis.

 

Kalau sebelum ini kampung ini termasuk Pusat Sumber sering dilanda banjir kini keadaan telah berubah tidak berlaku lagi banjir kerana sungai tabanak telahpun dibaiki oleh kerajaan.

 

Read Full Post »

Kepakaran,kehebatan,kebolehan dan suntikan minda yang meminati seni muzik EN. MOHD ALI BIN ABU SARI selaku Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Sulabayan telah mengharumkan nama baik KEMAS Semporna…KEMAS Sabah..KEMAS Malaysia apabila Nasyid dari KEMAS Semporna memenangi Johan Nasyid Ikhtifal Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan anjuran KEMAS Malaysia pada tahun lebih kurang tahun 2002. Penulis lirik lagu yang kedua telah ditulis  oleh EN. ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID pada masa itu bertugas sebagai pemaju Masyarakat Pusat Sumber KEMAS Kg. Bubul Bt. 3 Semporna…kini beliau memegang jawatan sebagai penyelia.

PIALA JOHAN NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN...Tuah ayam nampak di kaki tuah Tuan Mohd Ali nampak pada Festival Nasyid kesenian islam (Nasyid)

PIALA JOHAN NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN...Tuah ayam nampak di kaki tuah Tuan Mohd Ali nampak pada Festival Nasyid kesenian islam (Nasyid)

Mohd Ali Bin Hj. Abu Sari yang kini bertugas DI KEMAS kawasan DUN Sulabayan, Semporna memiliki perwatakan yang seni dan wajahnya sentiasa melemparkan senyuman memandakan beliau adalah dilahirkan sebagai anak seni semporna.Beliau juga berjuang bersama anak-anak seni semporna bagi memartabatkan seni budaya tarian igal-igal yang menjadi kebanggaan Anak Semporna.sabah.Tarian igal-igal sentiasa dipersembahkan ketika Regatta Lepa Semporna peringkat negeri sabah setiap bulan April.

inilah EN. MOHD ALI BIN HJ. ABU SARI, PENYELIA PEMBANGUNAN DESA DAN PERHUBUNGAN DUN SULABAYAN, SEMPORNA.sABAH.

inilah EN. MOHD ALI BIN HJ. ABU SARI, PENYELIA PEMBANGUNAN DESA DAN PERHUBUNGAN DUN SULABAYAN, SEMPORNA.sABAH.

Read Full Post »

Kemas Daerah Semporna bertuah kerana mempunyai bangunan sendiri dengan sinonim dipanggil dengan nama Pusat Kegiatan Masyarakat

PEJABAT PKM KEMAS BERHAMPIRAN DENGAN BANGUNAN TABIKA KEMAS SEMPO

PEJABAT PKM KEMAS BERHAMPIRAN DENGAN BANGUNAN TABIKA KEMAS SEMPORNA.SABAH.

GELAGAT KANAK-KANAK YANG BARU MENDAFTAR DI TABIKA  KEMAS KG. BUBUL, DUN BUGAYA SEMPORNA

Kenyataan penuh ini bagi menjelaskan maksud dan tujuan kenyataan tersebt agar tidak timbul sebarang kekeliruan mengenai perkara tersebut. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, KEMAS akan membelanjakan RM8 juta untuk melatih 9,880 guru Tadika dan Taska fasih bertutur, menulis dan mengajar dalam bahasa Inggeris menjelang 2011. 
Baca artikel penuh di bawah:
Salam hormat dan terima kasih kepada anda semua yang terus memberi sokongan kepada laman web saya ini. Di sini sekali lagi saya suka menjelaskan mengenai kenyataan saya tentang penambahbaikan tenaga pendidik Kemas yang saya buat pada majlis menandatangai persefahaman bersama Kemas dan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 4 November lalu.
Kenyataan penuh ini bagi menjelaskan maksud dan tujuan kenyataan tersebt agar tidak timbul sebarang kekeliruan mengenai perkara tersebut.
Menjelang tahun 2011, seluruh Tabika KEMAS akan dikendalikan oleh lebih 4,041 tenaga pengajar lulusan universiti dengan kelulusan minimum Diploma, bagi memastikan pelajar-pelajar pra-sekolah di Tabika KEMAS menerima pendidikan lebih berkualiti, mempunyai emosi daya saing lebih tinggi serta memiliki sahsiah diri seimbang dari segi agama dan cintakan negara.
Menjelang 2015, tenaga pendidik lulusan Diploma dijangka bertambah kepada 10,500 orang dan usaha sedang dilakukan bagi memastikan tabika KEMAS di seluruh negara dilengkapi dengan guru-guru tabika berkelayakan Ijazah atau PhD dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.Sebagai langkah ke arah usaha itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan KEMAS hari ini memeterai program dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, untuk melatih 476 guru KEMAS mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pra sekolah berumur 4 hingga 6 tahun.
Program Diploma Pendidikan ini melibatkan program pengajian selama dua tahun. Pendaftaran masuk kumpulan pertama adalah seramai 110 orang mulai tahun 2008, disusuli purata 120 orang lagi pada setiap tahun sehingga tahun 2011, menjadikan jumlah keseluruhan 476 orang.
Guru Tabika KEMAS Kg. Bubul sedang mengajar mengunakan alat bantu

Guru Tabika KEMAS Kg. Bubul sedang mengajar mengunakan alat bantu

Mulai 2009, dalam usaha memperluaskan lagi pendidikan pra sekolah ini meliputi peringkat kanak-kanak seawal bayi (di bawah satu tahun hingga 4 tahun), kementerian dan KEMAS juga bercadang melatih pula guru-guru Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) KEMAS di bawah program PERMATA mengikuti pengajian Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, juga di UPSI.
Di bawah program pengajian ini, seramai 200 orang akan didaftarkan ke UPSI pada tahun 2009 dan seramai 455 orang lagi pada tahun 2011. Langkah ini akan menghasilkan jumlah tenaga pendidik Taska KEMAS berkelulusan diploma seramai 655 orang menjelang 2013.
Penambahbaikan tenaga pengajar KEMAS ke taraf Diploma juga dilaksanakan melalui Program Perguruan Pra-Sekolah iaitu kerjasama antara KEMAS dan Kementerian Pelajaran Malaysia, yang berjaya melahirkan 2,400 guru lulusan Diploma sejak 2006 hingga 2008 untuk mendidik kanak-kanak pra sekolah di tabika-tabika KEMAS.
Program Perguruan Pra-Sekolah ini bakal melahirkan 9,996 guru KEMAS berkelulusan Diploma menjelang tahun 2015 melalui program Diploma Perguruan di Institut Perguruan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran.
Program ini meliputi pengajian sepenuh masa bagi meningkatkan profesionalisme seramai 5,032 orang guru Tabika KEMAS dan seramai 4,964 orang lagi secara mengikuti kursus dalam cuti. Guru-guru ini mendidik kanak-kanak pra-sekolah berumur antara 5 hingga 6 tahun.
Kementerian juga sedang menimbang kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain bagi menaiktaraf kelulusan guru-guru KEMAS ke tahap diploma atau kelulusan lebih tinggi menerusi program pengajian sepenuh masa atau kursus dalam cuti di bawah program penambahbaikan tenaga pendidik KEMAS.
Dalam tahun 2008 saja, seramai 2,480 guru KEMAS sudah dihantar menjalani kursus di bawah Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di universiti-universiti dan institusi pengajian tinggi. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, KEMAS akan membelanjakan RM8 juta untuk melatih 9,880 guru Tadika dan Taska fasih bertutur, menulis dan mengajar dalam bahasa Inggeris menjelang 2011.
Bagi memastikan tabika dan taska KEMAS dilengkapi dengan peralatan pendidikan lebih baik, KEMAS juga akan membelanjakan sejumlah RM173.7 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melengkapkan peralatan baru di 5,882 premis tadika dan taskanya di seluruh negara.
Sejumlah RM13.1 juta akan dibelanjakan bagi melengkapkan 4,509 premis tadika dan taska dengan komputer.
Jumlah ini tidak termasuk RM120.6 juta bagi membina 654 bangunan tabika baru dan RM138.2 juta bagi membaikpulih 4,000 premis tabika dan taska yang sedia ada.
Sumber blog: Muhammad Muhd Taib

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Read Full Post »

Perbarisan Peringkat Negeri Sabah telah disambut di Kota Kinabalu. Setiap Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan ,NGO,Parti Komponen Barisan Nasional,Sekolah Menengah dan rendah,USM,Kolej dan lain-lain lagi telah menghantar wakil tidak terkecuali Jabatan KEMAS juga menghantar wakil yang melibatkan kakitangan KEMAS Seluruh Sabah termasuk dari semporna En. ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID.

Inilah Wajah-Wajah Bersemangat Patriotik Rela Berkorban...ba KEMAS...bagusba

Inilah Wajah-Wajah Bersemangat Patriotik Rela Berkorban...ba KEMAS...bagusba

Latihan yang mengambil masa hampi sebulan ini adalah pengorbanan yang harus mendapat penghargaan daripada semua pihak kerana tidak semua yang boleh mengikuti latihan kawad jika tidak memiliki persediaan mental dan fizikal. Syabas kepada warga kemas yang berjuang untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara.

Saya bergambar bersama penolong pengarah KEMAS Sabah

Saya bergambar bersama penolong pengarah KEMAS Sabah

Latihan Kawad yang dijalankan telah mengajar saya erti keperitan,penderitaan dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan negara.Hari ini kita bersyukur kerana negara kita aman dan damai..terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri malaysia, YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Timbalan Perdana menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah di atas KEAMANAN MALAYSIA “Selamat, Aman, Makmur”

Putera dan puteri KEMAS SABAH...GENERASI...WAWASAN 2020....

Putera dan puteri KEMAS SABAH...GENERASI...WAWASAN 2020....

Anggota KEMAS Puteri KEMAS Sabah

Anggota KEMAS Puteri KEMAS Sabah

Read Full Post »

Bergambar beramai-ramai Kursus Fotoghrapy

Bergambar beramai-ramai Kursus Fotoghrapy

Dr. Mohd Ali...ehh..Luar Biasala..

Dr. Mohd Ali...ehh..Luar Biasala..

Saya Bersama Hadi Sabah bagusba...

Saya Bersama Hadi Sabah bagusba...

Inilah Jurufoto Malayisa..Dr. Ust...Ali...

Inilah Jurufoto Malayisa..Dr. Ust...Ali...

KLIA..balik da dari kursus

KLIA..balik da dari kursus

Read Full Post »

Selamat Datang Ke Blog Saya

ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID Penyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan DUN N54 Bugaya,Semporna.Sabah.Isteri ROSLINAH BINTI BABUL SHARIAT dan anak ROSLIMEN MOHAMMAD KHAIRUL

Bersama Isteri Tersayang Di Resort Felda Sahabat,Silam.Sabah

Anak Roslimen Mohamad Khairul

Anak Roslimen Mohamad Khairul

Program Masakan Anjuran Jabatan KEMAS Semporna

Program Masakan Anjuran Jabatan KEMAS Semporna

Program Kelas Jahitan Kawasan DUN N54 Bugaya Semporna.Sabah.

Program Kelas Jahitan Kawasan DUN N54 Bugaya Semporna.Sabah.

Lawatan Pengarah KEMAS Sabah,ke KEMAS Semporna.

Lawatan Pengarah KEMAS Sabah,ke KEMAS Semporna.Kursus Penggerakan Daya Wawasan di Hotel Kinarut Papar Sabah

Taklimat Tentang Tugasan Yang Biberi Oleh Penceramah

Taklimat Tentang Tugasan Yang Biberi Oleh Penceramah

Ladjarasa membentangkan hasil kerja kumpulan

Ladjarasa membentangkan hasil kerja kumpulan

Penolong Pengarah KEMAS Sabah Menyampaikan Ceramah

Penolong Pengarah KEMAS Sabah Menyampaikan Ceramah

Read Full Post »

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Read Full Post »