Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lawatan Yang Berbahagia Dato Abd. Puhat bin Mat Nayan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, berinisiatif merealisasikan misi dan visi Jabatan KEMAS yang berperanan menggerak, mendorong dikalangan kakitangan KEMAS agar merit cemerlang dan gemilang bagi membangunkan masyarakat luar bandar agar setanding dengan kehidupan yang dinikmati dikawasan bandar. Jika sahaja disebut KEMAS setiap orang akan beranggapan TABIKA/TASKA sahaja. Saya mengakui orang ramai lebih mengenali KEMAS melalui peranan yang dimainkan TABIKA. KEMAS bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan agar seiring dalam arus pembangunan negara. Peranan yang telah dimainkan KEMAS adalah tidak ternilai dan tidak terbalas kerana guru-guru RELA BERKORBAN MENGAJAR ANAK-ANAK BANGSA supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan pendidikan negara. Siapa sangka guru-guru KEMAS masakini menerima latihan pendidikan dari MAKTAB PERGURUAN bertujuan meletakkan guru-guru KEMAS sebaris dengan guru-guru lain bagi mencetus,membimbing,mendidik,mencurahkan ilmu,membina minda intelek,kreatif,proaktif dan berwawasan bagi melahirkan insan-insan yang tinggal jauh di pedalaman supaya anak-anak tidak terpinggir dari arus kemajuan.
Keikhlasan dan kejujuran guru-guru KEMAS mendidik anak-anak Bangsa merupakan satu tugas dan tanggungjawab yang bukan semudah yang kita fikirkan. Saya meneropos ke alam pendidikan TABIKA/TASKA kehidupan kanak-kanak penuh minat mempelajari subjek-subjek yang diajar adalah berasaskan sistem pendidikan negara. Setiap masa setiap detik jam berputar setiap itulah guru-guru KEMAS RELA BERKORBAN mengasuh,mendidik,mengajar secara sistematik. Guru-guru KEMAS berkomunikasi dengan kanak-kanak berlandaskan andragogi dan pedagogi supaya kehalusan naluri dan jiwa kanak-kanak mudah dan aktif bertindakbalas dalam mencurahkan kasih sayang yang suci dan murni sehingga meletakkan modal insan kelas pertama sebagai medan perjuangan hakiki.
Pernahkan kita membayangkan kanak-kanak kecil ini boleh dilentur menjadi seorang pesilat hebat,pendeklamator lantang,pewaris seni budaya bangsa,pembaca terbaik negara,pemain futsal hebat,pemain bola keranjang lincah,pelari yang bermatlamat,pencinta kehijauan bumi,pelajar berminda kelas pertama,pelukis seniman dan yang paling berharga pewaris kepimpinan negara di masa akan datang. Kemahiran ini tidak akan datang bergolek jika tidak ada pembimbing/guru KEMAS.
Fokus pemikiran berteras positif yang meletakkan kepentingan nasib anak-anak sebagai generasi bangsa di masa akan datang akan lahir seperti yang saya huraikan di atas melalui langkah 1A KEMAS bah kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Saya amat kagum dengan guru-guru KEMAS yang berilmu,kreatif,dinamik dan berkebolehan tinggi melentur anak-anak sejar peringkat kecil lagi sehingga boleh berucap dengan hebat dan lantang dan berkarisma nilai permata cekap,hebat dan proaktif berkemahiran serba boleh dan berilmu pengetahuan dengan meletakkan minda kelas pertama mewarnai kendiri anak-anak kita.
Terima kasih cikgu….syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas,syabas dan tahniah kepada guru-guru KEMAS yang iklhlas mendidik dan membimbing anak-anak bangsa 1Malaysia bagi merekodcipta kegemilangan pembangunan negara sehingga ke generasi-generasi berjuta-juta tahun mendatang demi mencapai matlamat sebuah negara yang “Selamat,Aman dan Makmur”
“1A KEMAS 1MALAYSIA”
ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID
Penulis Suara KEMAS Zon Tawau.
Sabah.
no sacrife, no victory
only the strong have a survive
do the best among the best