BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA DI KAMPUNG BUBUL LAMA DAN PULAU BAIT, SEMPORNA. SABAH.
SEMPORNA : ADUN N.54 Bugaya , Datuk Ramlee Haji Marahaban meminta Ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Bubul Lama dan Pulau Bait, Semporna, merancang pelan tindakan bagi memajukan kampung masing-masing.
Beliau berkata , pelan tindakan itu penting dalam usaha untuk memastikan dua kampung yang terpilih dalam pelaksanakan Pelan Tindakan Desa (PTD) mencapai kemajuan dalam semua bidang termasuk ekonomi, infrastruktur dan pendidikan.
“ Adalah menjadi tanggungjawab pengerusi JKKK untuk merancang pembangunan kampung masing-masing agar setanding dengan kemajuan semasa .
“ Ini kerana kalau mereka tidak rancang dengan baik dari sekarang , kampung tidak akan maju dan ini boleh menjejas kualiti kepimpinan dan masyarakat setempat,” katanya .
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Bengkel Pelan Tindakan Desa yang diadakan di Kampung Bubul Lama , baru-baru ini.
Seramai 80 peserta daripada kedua-dua buah kampung terbabit menyertai bengkel dua hari itu yang dikendalikan dibawah Institut Kemajuan desa (INFRA) bagi melatih pemimpin peringkat akar umbi untuk menyediakan pelan tindakan desa masing-masing.
En. Noor Azman berkata “ kedua-dua kampung ini bakal mendapat peruntukan khas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, KKLW.
Sepanjang bengkel itu , peserta diberikan kefahaman dan kesedaran dalam penyediaan perancangan pembangunan sebagai panduan kearah mendayaupayakan masyarakat .
Selain itu , mereka juga diberikan pendekatan dalam perancangan dan halatuju pembangunan kampung melalui penyediaan pelan tindakan desa serta ruang perkongsian pengalaman dalam pelaksanaan PTD.
Sementara itu , hadir sama pada bengkel tersebut ialah Ketua Unit Pengurusan Desa ,Noor Azman Abd. Rahman, Pegawai latihan INFRA Sabah , Azmi Hajah , Penyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan Kemas DUN 54 Bugaya , Armendrah Abd. Rashid serta dua pegawai Latihan INFRA Bangi , Roslina Bun dan Zulkifli Abd. Samad.
ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID
PENULIS SUARA KEMAS ZON TAWAU
Tinggalkan Jawapan