Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2009

 

 

Banner
10 DALIL KE SEMPORNA, SABAH PDF Print E-mail
Written by Sabah Kini   
Thursday, 05 February 2009 20:38

Pelancongan di Semporna.

Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utama mereka ke mari adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, ‘snorkeling’, berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan.

Terdapat lebih 20 operator pelancongan wujud di Semporna untuk menguruskan percutian anda. Operator ini menganjur dari hotel/resort, kursus menyelam (PADI Diving Courses) bertaraf dunia, khidmat penyewaan bot untuk tujuan ‘island hopping’ dan memancing hingga ke restoran-restoran yang menyediakan makanan laut yang lazat. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam.

Untuk tujuan menyelam, ‘snorkeling’, berkelah, berbulan-madu, ‘island-hopping’ dan menginap di ‘resort’ rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini samada di Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan, dan di Taman Marin Tun Sakaran. Bagi yang gemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan ‘sewa bot’ ada disediakan di sepanjang kawasan pantai Pekan Semporna manakala peralatan memancing seperti joran, ‘rapala’, kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di kawasan pasar, supermarket Milimewa dan Bandar Baru Pekan Semporna (berhampiran dengan ‘Resort floating Dragon-Inn’). Lain-lain keperluan penjagaan diri (seperti sunblock/sunscreen) boleh didapati di ‘Guardian’, Semporna.

Bagi yang suka mengkaji ‘kehidupan lampau’ anda boleh mencubanya di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-tampi.

Selain dari 10 sebab yang tertera di atas, ada juga usahawan yang datang ke Semporna untuk tujuan pelaburan industri rumpai-laut (seaweed). Pengarah-pengarah filem terkenal juga mengeksploitasi Semporna untuk filem komersil dan dokumentari. Antara filem yang pernah di arahkan disini ialah ‘Duyong‘ terbitan KRU Films. Filem ini di lakonkan oleh Saiful Apek, Yassin, Yasmin Hani dan Maya Karin. Kebanyakan aksi filem Duyong diarah dan dilakonkan  di kawasan Tampi-tampi, Semporna. Pihak National Geographic juga membuka pejabat kecilnya di sini.

Hotel dan resort yang beroperasi di Semporna menyediakan pakej-pakej percutian yang memenuhi bajet anda. Selain dari pakej berbulan madu, pakej perkahwinan dasar laut & ala Bajau tempatan juga semakin mendapat perhatian dari dalam dan luar negeri. Untuk ‘pencinta-alam’ dan ‘rombongan’, terdapat juga operator yang menyediakan ‘bed and breakfast’, ‘homestay’ dan dorm (dormitory-room) disini. Makanan dan minuman disini disediakan pelbagai jenis dari masakan melayu, cina, bajau tempatan hingga ke selera barat. Yang paling mendapat perhatian adalah makanan laut sehingga pihak ‘Jalan-jalan Cari Makan – TV3‘ pun pernah memberi pengiktirafan kepada restoran-restoran di Semporna.

Jika anda sudah biasa dengan ikan, sotong, udang dan ketam, mungkin anda boleh mencuba makanan laut lain seperti kamun (udang-mantis), ikan ‘bolong’, ikan ‘belawis’, ikan buntal, sotong kurita, isi ketam, udang ‘lobster’, ikan tuna, kerapu, ‘sunuk’ dan ikan ‘ogos’ yang mudah didapati disini. Jangan terkejut jika saiz ikan disini besar-besar atau bersaiz ‘XL’ kerana sejak dari dahulu lagi makanan laut disini sememangnya ‘sempurna’. Mungkin namanya agak ganjil bagi sesetengah kita, namun rasanya enak sekali. Jika makanan laut bukan pilihan anda, anda boleh mencuba ‘nasi payau(payau – rusa dalam bahasa tempatan), sup isi ketam atau ‘kueh teow basah‘ yang menjadi ‘trademark’ daerah ini. Kepada anda yang suka mencuba ‘hawker’s food’, ‘sayap-ayam’, gado-gado dan soto boleh dinikmati dengan harga yang sangat berpatutan.

The Natural Wonders.

The vast richness of the sea flaunts fishes of all kind, seaweed, sea cucumbers, shells and pearls. All these have attracted tourist, seafarers and fisher-folks alike to Semporna and its islands.

Mangroves to reef flats, sea grass beds to sandy coasts and underwater caves. Each is home to its individualized inhabitants, a true myriad of science discoveries. Time and time again, new discoveries are made. Scientists have since involved themselves in searching for novel chemicals in many of these creatures that can be used in medical or material science. Tunicates, a sea animal, was discovered to have the high possibility of containing anti-cancer compound.

The biggest shellfish in the world, the giant clam is found in the waters of Semporna. Splendid at sight, some are thought to be more than 50 years old and exceeding 100 kilograms in weight. A new species of the goby was discovered just off the house reef at Sipadan Water Village. The beautiful spiral shellfish, a cousin of the extinct Jurassic ammonites roam at night. Migratory whales, white sharks and manta rays swim by ever so often.

This isolated town off the coast of Sabah records as one of the sea richest in marine life in the world till today. Indicated by the corals that make up the living reef, an Australian marine biologist, Dr Veron depicted the Semporna waters as rich in aquatic assortment.

 

Mercu-tanda Semporna – Taman Marin Tun Sakaran.

Kompleks pulau ‘Taman Marin Tun Sakaran‘ merupakan ‘mercu-tanda’ daerah Semporna. Dari jauh, ia kelihatan seperti seorang manusia yang sedang tidur. Dengan sebab itu ia dikenali sebagai ‘Sleeping-Budha’ bagi sesetengah pelancong. Taman Marin Tun Sakaran merupakan tempat untuk ladang-ladang penanaman rumpai laut (seaweed) yang terbesar di Sabah. Ia juga menjadi tempat kajian biologi marin bagi kebanyakan penyelam, saintis dan sentiasa menjadi pilihan fakulti-fakulti sains marin universiti luar dan antarabangsa. Taman Marin Tun Sakaran ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) yang mempunyai cawangannya di Semporna.

The Semporna Islands Darwin Project (SIDP) is an initiative involving local communities in coral reef conservation in the recently gazette Tun Sakaran Marine Park, Sabah, Malaysia.

The project is managed by the Marine Conservation Society in collaboration with Sabah Parks, and the aim is to protect the outstanding features and biodiversity of the site while promoting sustainable use of natural resources, economic development and traditional culture.

___________________________________________________________________________________________

Hotel, Resort, Chalet dan Penginapan di Semporna.

 

 

 

Pengunjung boleh melawat Semporna sepanjang tahun. Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. Dari bulan May hingga Ogos, anda mungkin bertuah untuk melihat sendiri penyu-penyu bertelor disepanjang pulau-pulau. Pada pertengahan April setiap tahun, daerah ini menyambut ‘Perayaan Pesta Air’ Regatta Lepa.

Diving is possible throughout the year with visibility at 20m and above most of the time. The best time is from April to June, with visibility above 30m and up to 50m around Sipadan. From May to August, you may also be lucky enough to spot turtles laying their eggs on the beaches of Sipadan. In Mid April the district of Semporna will celebrate its ‘Annual Water Festival’ called The ‘Regatta Lepa’.

 

 


MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG / BEST TIME TO VISIT 

 

Read Full Post »