KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal akan meninjau kemajuan projek Agropolitan Gahai dan Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (Prosdet) di Lipis, Pahang, Khamis ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan Selasa berkata lawatan itu bertujuan melihat pencapaian kedua-dua projek berkenaan yang sepatutnya bermanfaat dalam mengeluarkan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar daripada garis kemiskinan.
Projek Agropolitan Gahai yang dibangunkan pada 2007 adalah di bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang bertujuan menghapuskan kemiskinan dan mempercepat pembangunan kawasan mundur.
Gahai yang terletak di Tanjung Gahai, Lipis merupakan lokasi projek Agropolitan kedua selepas Pulau Banggi, Sabah.
Bernama
Tinggalkan Jawapan